http://picasion.com/

Showing posts with label Pekeliling Perkhidmatan SSM. Show all posts
Showing posts with label Pekeliling Perkhidmatan SSM. Show all posts

Saturday, March 12, 2016

Pekeliling & Etika Berpakaian Penjawat Awam (Guru)

0 comments
Berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA)



Pakaian Lelaki


  1. Pegawai Kump. A dan B, "lounge suite" atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
  2. Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
  3. Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.
  4. Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia.
  5. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
  6. Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita

  1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
  2. Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)

  1. Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.
  2. Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Pakaian Yang Mencolok Mata (Lelaki dan Wanita)

Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata.

Pekeliling-pekeliling lain yang berkaitan (klik untuk muat turun):


source: cikgu kool

Wednesday, April 4, 2012

Pekeliling Perkhidmatan SSM 2012 : New Salary Increase

0 comments
Pekeliling Perkhidmatan for new 2012 SSM salary has been uploaded in JPA website. Teachers can check out the new pekeliling and know their new salary now which is 13% increase as announced.

Automated Pengiraan Pemindahan Gaji 

Also can be found in the website is Pengiraan Pemindahan Gaji which can automatically calculate the new salary for 2012. Just select your Grade followed by previous 2011 salary and you will get your new January 2012 salary. To calculate your new salary now, click the link below .




Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Annual Increase
  • KGT for new SSM is still the same as found in SBPA. 
  • Example: Grade 41 KGT increase is RM225 which is a big different from RM90 KGT before this.
  • Have to wait for kelulusan pergerakan gaji first before enjoying KGT, normally around May to June.
  • Then KGT will be paid for the outstanding months.
 COLA
  • COLA will only be enforced from 1st of April 2012. There is no outstanding (tunggakan) to be paid regarding COLA.
For more information, teachers can click the links below for the related pekeliling.

So, teachers. Are you satisfied or the other way round ? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Automatic Notification

Enter your email address to receive new updates :

Please check your 'JunkMail' or 'Spam' if you do not receive the confirmation email in your Inbox